Pembayaran i-Sinar mula dikreditkan. Perunding kewangan bagi nasihat mcm mana duit itu perlu digunakan
Sebahagian pemohon skim i-Sinar mampu tersenyum lebar apabila menerima bayaran pertama yang dikreditkan ke akaun bank masing-masing secara berperingkat bermula hari ini.
Bayaran melalui akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu dibuat selepas pemohon menerima keputusan permohonan mereka yang boleh disemak semalam menerusi pautan https://isinar.kwsp.gov.my/.
Sementara itu, rata-rata pengguna laman media sosial berkongsikan kegembiraan mereka semalam selepas mengetahui status permohonan mereka diluluskan KWSP.
Bagi @puterirajaawan, dia melahirkan rasa syukur selepas permohonannya diluluskan dan meminta orang ramai untuk memeriksa status mereka.
“Alhamdulilah, guys you can now check your i-Sinar application already (kamu semua sudah boleh semak permohonan i-Sinar),” ciapnya.
KWSP sebelum ini menjelaskan pembayaran pertama i-Sinar bagi kategori satu akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
Bagi kategori dua pula, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.
Selepas I-SINAR KWSP diluluskan, ramai betul tanya soalan “Apa nak buat dengan wang tersebut? Mohon nasihat”.
Baik, ini respon saya.
1. Suka saya tegaskan, fungsi asal KWSP adalah untuk persaraan. Dalam masa sama, majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menghadapi situasi getir ekonomi hari ini. Jadi, harapan yang tinggal hanyalah KWSP.
2. Jadi, dalam situasi krisis sekarang, pengeluaran wang KWSP adalah untuk keperluan bagi yang benar-benar terdesak dan kesempitan untuk teruskan hidup. Bezakan keperluan dengan kehendak. Gunakan untuk belanja harian, bukan untuk beli sport rim atau PS5.
3. Beli beli emas / labur ke unit trust / beli Bitcoin / beli hartanah, bukanlah perkara keperluan buat masa sekarang bagi orang yang terdesak. Beli beras dan isi perut ahli keluarga kita di rumah.
“Tapi Afyan, saya memang tak terdesak. Tapi saya nak ambil kesempatan dengan pengeluaran KWSP sekarang untuk pelaburan supaya dapat gandakan wang tersebut.
Rilekssss.. Baca seterusnya
4. Berdasarkan laporan The Star 30 Mei 2016, CEO KWSP memberitahu bahawa hanya 20% pencarum yang keluarkan wang dana persaraan itu untuk unit trust, mendapat pulangan lebih baik
berbanding KWSP. Bermakna selama ini KWSP Akaun 1 yang boleh dikeluarkan untuk pelaburan unit trust, tidak ramai yang berjaya mendapat pulangan melebihi KWSP. Agak-agak kalau keluar
10k ini, apa nasib meraka?
5. Niat untuk buat pelaburan adalah niat yang bagus. Namun bagi orang yang tidak ada sebarang ilmu pengetahuan untuk melabur, tiba-tiba dapat peluang 10K untuk melabur adalah umpama
orang yang tidak pernah menunggang motosikal tiba-tiba dapat peluang untuk naik motosikal untuk menunggang di lebuh raya. Agaknya apa yang akan terjadi?
6. Simpanan lebih mudah daripada pelaburan. Jika pelaburan ibarat menunggang motosikal, simpanan pula ibarat menunggang basikal. Jika basikal pun tak reti nak bawa, boleh ke nak nak
bawa motosikal di lebuh ? Begitulah ibaratnya, simpanan pun majoriti orang kita gagal laksanakan, apatah lagi nak melabur?
7. Niat asal untuk melabur memang bagus, tapi ada kebarangkalian untuk rugi dan ada berkebarangkalian tinggi untuk dicairkan dan dikeluarkan bagi kegunaan lain berbanding kekal di KWSP
yang “beku” sukar dikeluarkan sehingga umur 55 tahun.
“Kalau begitu, saya nak guna duit 10k tadi untuk berniaga la”.
8. Sama macam pelaburan tadi, kalau orang yang tak pernah berniaga, tiba-tiba baru nak berniaga disebabkan dapat wang KWSP 10k, bakal menerima nasib yang sama. Malah, berdasarkan
statistik, 70% bisnes tutup dalam masa setahun dan 90% bisnes tutup dalam masa 3 tahun.
9. Ada banyak pilihan untuk memulakan bisnes tanpa guna dan modal sebanyak itu. Boleh jadi ejen takaful, ejen unit trust, Marketing Representative, ejen MLM, ejen affiliate yang tidak
memerlukan modal besar. Kalau nak tau detail, boleh tanya di ruangan komen utk saya kongsikan peluang-peluang yang tidak memerlukan modal besar dan tidak mempunyai risiko yang besar.
“Alaaaa.. Tak minat la nak jadi ejen semua ni. Saya plan nak berniaga makanan. Duit 10k tu buat modal beli peralatan memasak dan peralatan gerai, nak buka secara kecil-kecilan tepi jalan.
Makanan kan barang keperluan? Insya Allah tak rugi”.
10. Macam saya beritahu tadi, berdasarkan statistik, majoriti besar bisnes ditutup berbanding yang mampu survive. Jadi, tidak kira apa jua bisnes, risiko rugi lebih tinggi berbanding untung.
Dalam bisnes dan pelaburan, rugi itu sudah dalam tangan, tapi untung belum tentu.
11. Kalau jak berniaga makanan, masih ada cara untuk mulakan tanpa modal. Contoh, nak berniaga nasi lemak. Tak semestinya kita kena beli bahan memasak nasi lemak, peralatan nasi lemak,
peralatan gerai dan segala bagai baru boleh berniaga nasi lemak. Caranya ialah:
i- Mula-mula cari orang yang berniaga nasi lemak. Deal harga kalau buat belian dalam kuantiti yang banyak.
ii- Dari situ boleh buat anggaran harga untuk jualan. Nak kena beli dan jual ke? Tidak.
iii- Buat hebahan dan iklan dalam kepada rakan-rakan berdekatan, jiran-jiran untuk buat tempahan nasi lemak tadi.
Nampak? Modus operandi sama boleh digunakan untuk bisnes-bisnes makanan lain yang kita minat. Jika makanan yang tahan lama lebih mudah diuruskan.
“Oooooooooooooooooooooooooooooo…..”
12. Jadi, dalam situasi sekarang, pelaburan yang paling bagus adalah pelaburan ilmu. Jika selama ini kita tak mampu nak menyimpan, selalu boros, duit gaji selalu habis tengah bulan, maka
inilah masanya untuk kita RESET balik kehidupan dan kewangan kita. Jadikan PKP dan krisis Covid-19 ini sebagai medan muhasabah
13. Barang diingat, berdasarkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, wang KWSP adalah BUKAN harta sepencarian. Maka, apabila keluarkan KWSP untuk kegunaan lain, maka wang tersebut
akan menjadi harta sepencarian. Ia akan memberi implikasi dari sudut undang-undang keluarga Islam apabila berlaku penceraian, poligami atau kematian.
14. Beli beli emas / labur ke unit trust / beli Bitcoin / beli hartanah adalah perkara yang bagus. Tapi kalau dapat lakukan semuanya tanpa perlu usik wang persaraan dan mulakan dengan ilmu.
kredit: Afyan Mat Rawi, INFAQ Consultancy
Orang No.1 Dalam KWSP Mejangkakan Rakyat Akan Jadi Miskin Tahap Papa Ked4na Jika Mengeluarkan Wang Dlm Akaun 1?
KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan sebanyak 43 peratus atau 5.38 juta ahli di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun satu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Alias berkata, ini bermakna mereka akan menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan kurang daripada RM41 sebulan sepanjang tempoh 20 tahun sekiranya simpanan mereka tidak bertambah.
“Umum mengetahui purata jangka hayat rakyat Malaysia kini menjangkau usia 75 tahun, namun KWSP terus mengekalkan pengeluaran bagi akaun satu pada usia 55 tahun. Jadi ada tempoh selama 20 tahun lagi selepas persaraan.
“Selain itu, sebanyak 54 peratus atau 137,000 daripada 245,000 ahli berumur 54 tahun pada 2020 mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dan bakal menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan hanya RM200 sebulan bagi tempoh 20 tahun,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat KWSP di sini semalam.
Menurutnya, daripada data KWSP itu, jumlah berkenaan sangat jauh daripada paras kemiskinan negara iaitu RM2,208 untuk isi rumah dan RM2,450 untuk perbelanjaan asas seorang warga emas seperti dinyatakan dalam kaji selidik oleh Social Wellbeing Research Centre.
“Katanya, pada masa ini pihaknya sedang memperhalusi dan memperincikan kemudahan bagi tujuan pengeluaran daripada akaun satu seperti diumumkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Belanjawan 2021 Jumaat lalu dan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun satu secara bersasar sebanyak RM500 setiap bulan dengan jumlah sehingga RM6,000 bagi tempoh 12 bulan untuk meringankan beban seramai kira-kira 600,000 ahli yang dibuang kerja.
Tunku Alizakri meminta pencarum menjadikan pengeluaran caruman KWSP akaun satu sebagai langkah terakhir sekiranya terdapat kaedah lain bagi membantu kekangan kewangan yang dihadapi ketika ini.
“Pertama buat anggaran perbelanjaan ketika ini dengan tidak meletakkan keperluan semasa terlebih dahulu berbanding kehendak. Lihat juga kepada bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan sekiranya ia tidak mencukupi barulah melihat kepada simpanan hari persaraan sebagai pilihan terakhir.
“Selain itu ahli juga boleh mendapatkan nasihat kewangan daripada Bank Negara Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” ujarnya.
Katanya, KWSP memikul beban yang berat untuk melihat situasi semasa dan memainkan peranan bagi memastikan semua ahli mempunyai wang pada masa depan iaitu selepas hari persaraan.
http:/ /wowberita.my /kwsp-papa-kedana

