Perniagaan Kecil Melayu Turut Terkesan Kena Angkut Dengan MBSA, Disebabkan TularTaukeBurger
Kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pihak MBSA yang cuba menutup periuk nasi perniagaan tauke burger, Asri janggut telah menviralkan masalah perniagaan haram di Sungai Buloh.
Bagi kami, tindakannya yang agak selfish telah menutup periuk nasi orang lain. Walaupun perniagaannya telah membuka mata ramai pihak tentang isu rasuah dalam kalangan pihak berkuasa seperti MBSA dan Pegawai Polis Sungai Buloh, namun masih ada yang terkesan dengan tindakan ahli perniagaan burger tersebut.
Antara perniagaan melayu yang terkesan adalah pemilik Plonxbox yang turut dikenakan tindakan oleh pihak MBSA.
Pihak MBSA memberi notis untuk angkut semua barang di kedai miliknya. Ujarnya dia mencari orang yang mahu membeli kontena yang telah diubah suai yang dijadikan tempat orang awam menjamu selera di warungnya.
Kata Pemilik Plonxbox
Kami mohon Maaf terlebih dahulu…Dan terima kasih warga Sungai Buloh. Kami ingin menjual 3 bijik Kontena Cabin kami…Sesuai untuk berniaga kedai makan, kontena dalam keadaan Cantik,sudah di ubah suai lengkap dengan tingkap dan pintu.
Kami mohon Maaf terlebih dahulu…Dan terima kasih warga Sungai Buloh. Kami ingin menjual 3 bijik Kontena Cabin kami…Sesuai untuk berniaga kedai makan, kontena dalam keadaan Cantik,sudah di ubah suai lengkap dengan tingkap dan pintu.
Kontena ini perlu di jual dalam Masa 24 jam
Buat masa ini kami hanya beroperasi Take Away , atau Delivery sahaja…Kami akur arahan MBSA, pagi tadi kesemua peniaga,pengilang di beri notis dan saman.
Makcik berniaga nasi lemak depan rumah pun dah tak boleh niaga.Kalau kontena ini tidak terjual mungkin besok akan di hancurkan oleh MBSA(doakan supaya tidak berlaku)
Kontena ini sangat mudah, anda kalau berminat sediakan tapak, dan kami akan cuba aturkan trailer dan akan di hantar ke tapak anda…Dan sila pastikan tapak milik persendirian.. nanti jadi macam kami dah kena Notis tak boleh berniaga.

Jadi kami ambil jalan penyelesain terbaik untuk TUTUP operasi kami (Dine in)…Terima kasih yang mendoakan dan Support kami dari day-1 kami berniaga.
Kami doakan rakan penjaja/peniaga lain,Ibu tunggal, Asnaf, rakan2 yang di buang kerja, yang sebelum ini mula berniaga di sebabkan Covid (PKP)..Dan harini yang senasib dengan kami tidak di benarkan berniaga untuk tabah hadapi ujian ini.
Kalau ada di kalangan peniaga yang terputus bekalan makanan, boleh hubungi kami..kami akan cuba bantu di kalangan para peniaga 47000. Doakan PlonxBox akan lebih berjaya pada masa hadapan… Ini bukan pengakhiran buat kami.
Sumber: Bacadulu.babybiru.com
