Ramai ‘Meremang’, Jurufoto Kongsi Gambar Jenazah Covid-19
Kes positif COVID-19 di Indonesia kini meningkat kepada 81,668 kes, iaitu tambahan kes baharu sebanyak 1,574 dalam tempoh 24 jam.
Menurut Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 76 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,873 orang.
Baru-baru ini, seorang jurufoto telah berjaya merakam jenazah seorang mangsa Covid-19 di Indonesia, jika dilihat memang agak seram melihat sekujur badan terkujur dibungkus plastik di atas katil hospital.
Foto paling menyayat hati
Menerusi perkongsian jurufoto tersebut yang dikenali sebagai Joshua Irwandi, di dalam entrinya memaklumkan mengenai betapa bahaya virus tersebut dan pengorbanan para petugas barisan hadapan.
“Mengambil gambar mangsa koronavirus di Indonesia ialah fotografi yang paling menyayat hati dan menakutkan saya pernah buat. Dalam fikiran saya ketika itu, saya hanya fikir apa yang jadi kepada orang ini mungkin terjadi kepada mereka yang saya sayang.
“Saya telah saksikan bagaimana para doktor dan jururawat berterusan merisikokan nyawa mereka untuk menyelamatkan nyawa kita…”“Mereka merupakan hero sebenar dalam kisah ini dan satu-satunya cara untuk menghargai kerja mereka ialah dengan mengikut nasihat mereka….”
Foto ini memang kelihatan agak menyeramkan, namun ia adalah peringatan untuk agar jangan mengambil ringan gejala penularan Covid-19, selagi tiada vaksin selagi itu kita semua masih berada dalam bahaya.
Sumber : Joshua Irwandi
